Kes baru Covid-19 meningkat lepasi 9,800, Perlis rekod 200 jangkitan
Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,413 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 1,402 kes jangkitan.
Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 9,890 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,313,727 kes.
Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,413 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 1,402 kes jangkitan.
Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 820, Kedah (503), Pulau Pinang (721), Perak (794), Kuala Lumpur (250), Pahang (564), Melaka (260), Negeri Sembilan (180), Terengganu (699), Kelantan (1,032), Perlis (200) dan Johor (993).
Putrajaya (59) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.
Sementara Labuan tidak mencatatkan kes hari ini.
MENYUSUL LAGI
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.