88% populasi dewasa lengkap terima vaksin Covid-19
94.4% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.
Terkini
20,717,373 individu atau 88% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.
Sementara 23,961,163 atau 94.4% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.
Dari segi populasi keseluruhan, 63.4% telah lengkap divaksinasi sementara 73.4% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 221,812 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 44,573,891.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
