Lebih dari 60% populasi negara lengkap vaksinasi
83.7% populasi dewasa telah menerima vaksin lengkap sementara 93.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Terkini
Lebih dari 60% populasi Melaysia lengkap vaksinasi Covid-19 setakat semalam selepas 19,633,681 orang atau 60.1% lengkap divaksinasi.
Sementara 22,834,060 atau 69.9% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.
Bagi populasi dewasa, 83.7% telah menerima vaksin lengkap sementara 93.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Sejumlah 269,465 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 42,375,862.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
