Berita
Hampir 60% populasi Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19
Bagi populasi dewasa, 82.5% telah menerima vaksin lengkap.
Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Hampir 60% populasi keseluruhan negara lengkap vaksinasi Covid-19 setakat semalam selepas 19,180,397 orang atau 59.2% lengkap divaksinasi.
Sementara 22,599,346 atau 69.2% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.
Bagi populasi dewasa, 82.5% telah menerima vaksin lengkap sementara 93.6% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Sejumlah 273,373 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 41,847,256.
Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianow
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -