Imuniti kelompok dalam kalangan dewasa rekod 80.2% lengkap divaksinasi
Sementara 93.2% atau 22,223,652 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.
Terkini
Lebih dari 80% populasi dewasa telah menerima vaksin lengkap setakat semalam dengan 18,786,636 atau 80.2% mereka yang berusia 18 tahun ke atas divaksinasi dua dos suntikan.
Sementara 93.2% atau 22,223,652 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.
Bagi populasi keseluruhan, 68.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan sementara 57.5% kini telah menerima vaksin lengkap.
Sejumlah 261,255 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 40,925,929.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
