Hampir 69% populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi
88.3% populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Terkini
Sebanyak 68.8% atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin Covid-19 melibatkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap diberikan semalam, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3% populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat Isnin,” demikian menurut JKJAV.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
