Azeez belum bebas pertuduhan rasuah, kata SPRM
Azeez berkata mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kes berkenaan.
Terkini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membidas laporan media yang memetik hujah seolah-olah Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim bebas daripada semua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, mengatakan mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kes berkenaan.
SPRM berkata rayuan Azeez baru didengar semalam untuk menolak permohonan tersebut selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dirayu di Mahkamah Rayuan.
“Susulan daripada itu, laporan media memetik hujahan peguam seolah-olah Abdul Azeez telah bebas kesemua pertuduhan.
“Sedangkan mahkamah belum membuat keputusan berhubung kes berkenaan,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini,” katanya.
MENYUSUL LAGI
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.