- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kembali menurun di paras 19,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,775.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor memberi suntikan vaksin kepada Orang Asli Temuan. Kadar penerima vaksin lengkap kini sudah melebihi 66% populasi negara.
Petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor memberi suntikan vaksin kepada Orang Asli Temuan. Kadar penerima vaksin lengkap kini sudah melebihi 66% populasi negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,057 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,824,439 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,775 disusuli Sarawak (2,723), Sabah (2,279), Johor (2,077), Pulau Pinang (1,558), Perak (1,450), Kelantan (1,434), Kedah (1,329), Kuala Lumpur (711), dan Terengganu (605).

Hanya Labuan (9) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

MENYUSUL LAGI