- Iklan -
Berita

Apakah Ambiga kini menentang kerajaan bersih, kata ahli Parlimen Sarawak selepas peguam itu sokong Mahfuz

Ali Biju berkata tuntutan gabungan PN sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Mahfuz Omar dan Ambiga Sreenevasan.
Mahfuz Omar dan Ambiga Sreenevasan.

Seorang ahli Parlimen Sarawak berkata beliau merasa “tidak masuk akal” seorang peguam boleh mendukung dua ahli Parlimen Amanah dalam menolak tuntutan Perikatan Nasional (PN) untuk penubuhan Kabinet yang bebas daripada individu terpalit rasuah.

Ahli Parlimen Saratok Ali Biju berkata pendirian Ambiga Sreenevasan, Mahfuz Omar dan Hanipa Maidin yang mempersoalkan sokongan majoriti ahli Parlimen bukan sahaja melanggar Perlembagaan yang memperuntukkan Agong perlu melantik perdana menteri berdasarkan majoriti sokongan bahkan komitmen mereka mengenai kerajaan bersih boleh dipersoalkan.

“Satu hal yang pelik Mahfuz, Hanipa, dan Ambiga yang merupakan bekas presiden Majlis Peguam boleh mengambil pendirian yang ekstrem dan tidak lojik ini; seseorang mungkin boleh bayangkan mereka akan sambut baik kerajaan PN yang bersih selain kebebasan badan kehakiman.

“Tapi kerana ghairah mahu PH ambil kuasa kerajaan pusat menyebabkan pendirian mereka rendah ke tahap ini,” kata Ali.

Ulasan Ali itu tampil selepas Ambiga memanjangkan pendirian Mahfuz yang mempersoalkan pendirian 50 ahli Parlimen PN menyokong Ismail sebagai calon perdana menteri selagi beliau tidak melantik individu terkait rasuah dalam pentadbiran negara.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin turut berkata perdana menteri baru perlu mengangkat prinsip pemisahan kuasa, kebebasan bahdan hakiman dan raja berperlembagaan.

Namun Mahfuz berhujah mengatakan syarat tersebut menyebabkan undi PN tidak sah dengan memetik surat speaker Dewan Rakyat kepada ahli Parlimen yang mengarahkan mereka secara individu menyerahan pilihan calon perdana menteri mereka.

Terdahulu, speaker memberikan garis panduan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai format surat kepada Agong, mengatakan mereka perlu dengan jelas dan terang menyatakan calon pilihan mereka dengan kerelaan hati selain memastikan kerahsiaan kandungannya dipatuhi.

Ali berkata hujah penyokong pembangkang “merepek, tidak berasas dan satu tanda yang menunjukkan PH terdesak kerana gagal mengumpulkan sokongan yang cukup untuk menduduki jawatan perdana menteri”.