Vaksinasi Covid-19 lepasi 23 juta dos suntikan di seluruh negara
514,674 dos diberikan semalam dengan 220,839 adalah pemberian dos pertama manakala 293,835 adalah dos kedua.
Terkini
Sebanyak 23,161,255 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,162,424 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,998,831 orang menerima dos kedua.
“Mengikut peratusan, 46.4% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 24.5% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 514,674 dos diberikan semalam dengan 220,839 adalah pemberian dos pertama manakala 293,835 lagi adalah dos kedua.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.