Malaysia rekod 22 juta dos vaksin diberikan setakat 3 Ogos
45% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 22.8% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka.
Terkini
Sebanyak 22,152,367 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,711,532 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,440,835 orang menerima dos kedua.
“Mengikut peratusan, 45% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 22.8% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 483,368 dos diberikan semalam dengan 240,394 adalah pemberian dos pertama manakala 242,974 lagi adalah dos kedua.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
