Malaysia rekod 21 juta dos vaksin diberikan, 21.3% penerima dos lengkap setakat 1 Ogos
43.6% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama vaksin.
Terkini
Sebanyak 21,200,473 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari hingga semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter berkata daripada jumlah itu, sebanyak 14,247,659 menerima suntikan vaksin dos pertama dan 6,952,814 adalah dos kedua.
“Mengikut peratusan, 43.6% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, sementara 21.3% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” menurut JKJAV.
Bagi vaksinasi harian pula sebanyak 480,122 dos diberikan semalam dengan 298,236 adalah pemberian dos pertama manakala 181,886 lagi dos kedua.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
