KM Pulau Pinang kuarantin di rumah selepas pegawai positif Covid-19
Keputusan saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) beliau yang dijalankan pada Jumaat lalu menunjukkan keputusan negatif.
Terkini
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menjalani kuarantin di rumah selepas seorang pegawai pengiringnya disahkan positif Covid-19.
Dalam satu kenyataan hari ini, Chow berkata keputusan saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) beliau yang dijalankan pada Jumaat lalu menunjukkan keputusan negatif.
“Justeru, saya diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk menjalani kuarantin di rumah mulai sekarang.
“Saya perlu menjalani satu lagi ujian saringan pada hari Rabu, 28 Julai ini,” katanya.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.