- Iklan -
Berita

Sarawak juga akan benarkan vaksinasi secara ‘walk-in’

Mereka yang belum menerima janji temu boleh memohon janji temu dengan bahagian jawatankuasa pengurusan bencana di kawasan masing-masing.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga emas ditolak petugas kesihatan menggunakan kerusi roda di pusat pemberian vaksin di Siburan. Gambar: Bernama
Warga emas ditolak petugas kesihatan menggunakan kerusi roda di pusat pemberian vaksin di Siburan. Gambar: Bernama

Sarawak memberikan lampu hijau bagi mereka yang belum menerima janji temu vaksinasi untuk mendapakan suntikan vaksin di pusat-pusat pemberian vaksin di seluruh negeri itu dalam usahanya meningkatkan kadar imunisasi.

“Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sudah memberi kebenaran untuk semua PPV menjalankan vaksinasi ‘walk-in,” kata jawatankuasa pengurusan bencana negeri itu dalam kenyataan hari ini.

Ia turut berkata mereka yang belum menerima janji temu vaksinasi perlu menghubungi JPBN kawasan mereka dari 23 Julai hingga 5 ogos depan bagi mendapatkan janji temu vaksinasi.

“Sarawak mahu menekankan bahawa pentingnya dos vaksinasi dilengkapkan mengikut jenis dan waktu yang telah ditetapkan,” tambahnya.

Langkah terbaru Sarawak tersebut menyusuli program serupa yang kini dilaksanakan di Lembah Klang bagi memudahkan warga emas mendapatkan suntikan vaksin.

Ia adalah sebahagian program pemandu yang diumumkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba baru-baru ini dan turut diperluaskan ke negeri-negeri lain.