74 lagi korban Covid-19 dicatat, kes baru kembali jangkau angka 6,000
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,095.
Terkini
Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,440 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 685,204.
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,095 disusuli Negeri Sembilan (870), Kuala Lumpur (816), Johor (592), Sarawak (536), dan Perak (357).
Hanya Putrajaya (2) dan Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 6,861 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 615,326.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 65,602.
Dalam pada itu, 894 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 451 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 74 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,276.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

