Rekod kes baru turun lagi, catat 5,304 jangkitan
Selangor kekal catat kes harian paling tinggi sebanyak 1,973.
Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,304 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 657,508.
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,973 disusuli Sarawak (544), Kuala Lumpur (462), Johor (363), Sabah (335), Negeri Sembilan (331), dan Pulau Pinang (256).
Hanya Perlis (5) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 8,163 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 580,276.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 73,324.
Dalam pada itu, 917 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 452 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 64 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,908.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.