- Iklan -
Berita

Pegawai kerajaan Sarawak potong 2 bulan gaji

Jumlah potongan gaji sebanyak RM30 juta itu akan disumbang kepada tabung bencana negeri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai kerajaan Sarawak bersetuju untuk menyumbang  5% hingga 30% gaji selama dua bulan kepada tabung bencana negeri. Gambar: Bernama
Pegawai kerajaan Sarawak bersetuju untuk menyumbang 5% hingga 30% gaji selama dua bulan kepada tabung bencana negeri. Gambar: Bernama

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini mengumumkan pegawai kerajaan negeri dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memotong dua bulan gaji berjumlah RM3 juta sebagai tanda solidariti bersama rakyat Sarawak.

Pejabat Ketua Menteri dalam sebuah kenyataan berkata pegawai kerajaan termasuk ketua menteri dan ahli MMKN membuat keputusan sebulat suara untuk menyumbang dua bulan gaji ahli MMKN dan elaun Adun GPS dan setiausaha politik kepada Tabung Bencana Sarawak.

“Kerajaan GPS akan mempertimbangkan untuk menerus dan menyambung
sumbangan setiap bulan oleh ahli MMKN, Adun GPS dan setiausaha politik kepada Tabung Bencana Sarawak sekiranya pandemik ini berterusan pada masa akan datang,” katanya sambil menambah 30% daripada gajinya akan akan disalurkan kepada Tabung Bencana Sarawak.

“Jumlah sumbangan ini dijangka berjumlah RM3 juta. Sumbangan ini akan dibuat melalui potongan gaji setiap bulan mulai Jun 2021 mengikut kadar seperti berikut,” tambahnya.

Kerajaan Sarawak turut memutuskan bahawa penjawat awamnya akan menyumbang sejumlah Imbuhan Tetap Keraian (ITK) mereka
selama dua bulan seperti berikut

“Pegawai Gred Utama A dan setara ke atas akan menyumbang 50%. Gred Utama B dan setara ke atas 20%, Utama C dan setara 10%, Gred 43 hingga 56 dan setara sebanyak 5% dan Gred 29 hingga 42 dan setara sebanyak RM10 bermula Julai hingga Ogos 2021.

Abang Johari turut berkata sumbangan imbuhan tetap yang melibatkan 7,000 penjawat awam itu termasuk pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun itu dijangka berjumlah RM 300,000.

“Kerajaan GPS Sarawak juga akan meminta semua government linked company (GLC) kerajaan Sarawak untuk sama-sama turut serta dalam pemberian sumbangan ini kepada Tabung Bencana Sarawak sebagai komitmen bersama semua pihak dalam menangani pandemik ini.”