- Iklan -
Berita

PM, menteri, timbalan menteri tak ambil gaji selama 3 bulan

Wang itu akan disalurkan ke Akaun Amanah Bencana bagi membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama

Kesemua menteri Kabinet dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021 untuk disalurkan ke Akaun Amanah Bencana bagi membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Dalam mencapai matlamat ini, kerajaan akan terus mengutamakan pendekatan ‘whole-of-government’ dan ‘whole-of-society’ dalam memerangi pandemik Covid-19,” kata Muhyiddin semasa perutusan khas inisiatif Pemerkasa Plus yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen utama malam ini.

“Ini merujuk usaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan petugas barisan ahdapan yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.”

Tahun lalu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin memutuskan agar dua bulan gaji perdana menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong untuk disalurkan ke Tabung Covid-19.