Kes baru Covid-19 turun bawah 7,000
79 korban akibat Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 2,729.
Terkini
Malaysia merekodkan kes baru tertinggi sebanyak 6,999 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 565,533.
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,477 disusuli Kuala Lumpur (616), Kelantan (612), Sarawak (513) dan Negeri Sembilan (468).
Hanya Perlis (7) sahaja negeri yang mencatatkan kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 5,121 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 484,787.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 78,017.
Dalam pada itu, 846 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 419 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 79 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,729.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.