71 wartawan ditahan junta Myanmar sejak kudeta
24 daripada wartawan yang ditahan turut didakwa atas tuduhan menyebarkan berita palsu.
Terkini
Sekurang-kurangnya 71 wartawan ditahan pihak berkuasa Myanmar sejak rampasan kuasa tentera pada Februari lalu, lapor Sputnik memetik jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric dalam taklimat media pada Khamis.
“Menurut rakan kami di Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (Unesco) 71 wartawan telah ditahan di Myanmar, dengan lebih separuh daripadanya masih ditahan sejak awal Februari,” kata Dujarric.
Beliau berkata kira-kira 24 orang didakwa atas tuduhan menyebarkan berita palsu.
“Pasukan kami di lapangan bimbang dengan nasib wartawan dan ribuan rakyat yang ditahan sewenang-wenangnya, kebanyakannya hilang tanpa dapat dikesan,” kata jurucakap itu.
Pada 1 Februari tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dan mengisytiharkan perintah darurat selama setahun dan sejak itu sekurang-kurangnya 707 orang telah menjadi korban, menurut PBB.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.