- Iklan -
Berita

Ordinan berita palsu darurat, Covid-19 tertakluk proses perundangan, kata Putrajaya

Menurut menteri, peraturan tersebut diwartakan secara khusus untuk menangani berita palsu mengenai Covid-19 dan perintah darurat.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kerajaan berkata usaha kempen memerangi berita palsu sebelum ini tidak berkesan.
Kerajaan berkata usaha kempen memerangi berita palsu sebelum ini tidak berkesan.

Putrajaya hari ini menolak dakwaan bahawa pewartaan ordinan baru perintah darurat bagi memerangi penyebaran berita palsu adalah kejam dan dirancang untuk mengekang kebebasan bersuara.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan berkata Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 yang diwartakan hari ini hanya diguna pakai semasa darurat malah hanya terhad kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat tidak benar mengenai Covid-19 dan proklamasi darurat.

Dalam sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, Takiyuddin berkata langkah itu adalah demi memastikan kerajaan berjaya memerangi wabak tersebut dengan berkesan.

“Kebebasan bersuara bukan kebebasan untuk berbohong,” kata Saifuddin di samping turut menambah usaha kempen memerangi berita palsu berkaitan Covid-19 dengan hujah dan penjelasan kepada orang ramai dilihat masih tidak berkesan.

“Kami selalu menafikan berita palsu. Tidak ada kesudahannya.

“Kami tidak mahu program imunisasi gagal.

“Kami telah siarkan fakta mengenai vaksin sejak tahun lalu, namun berita palsu mengenainya masih juga dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.” katanya.

Menurut Takiyuddin peraturan tersebut dengan jelas menyatakan ia dirancang khusus untuk menangani berita palsu mengenai Covid-19 dan perintah darurat.