PAS Perak buat laporan terhadap Harakatdaily
PAS mendakwa akaun satira Harakatdaily menyebarkan kandungan berunsur fitnah.
Terkini
PAS Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Harakatdaily, sebuah akaun satira di Twitter kerana memuat naik satu hantaran berunsur fitnah terhadap parti itu.
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata laporan itu bagi membolehkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjalankan siasatan sewajarnya.
“Kenyataan yang dibuat itu adalah palsu, fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej saya dan PAS sendiri,” katanya selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.
Akaun satira itu dikesan memuat naik sebuah poster dengan kapsyen yang menyebut PAS Perak mengarahkan ahlinya bermunajat bagi mendoakan agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong dibebaskan daripada tuduhan merogol pembantu rumah.
Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak berkata peguamnya juga sedang membuat pertimbangan untuk membawa kes berkenaan ke peringkat saman malu kerana memfitnah.
Tegasnya, PAS sentiasa mempercayai sistem perundangan negara yang wajar dihormati oleh semua pihak.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Artikel Berkaitan
Tiada artikel ditemui.