Sebanyak 1,745 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 305,880.
Katanya, sebanyak 2,276 kes pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka 280,707 kes sembuh.
Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 640 kes diikuti Johor (376), Sarawak (139), dan Perak (136).
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 24,025.
Daripada jumlah itu 195 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 95 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Terdapat 7 lagi kematian akibat Covid-19 turut dicatat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 1,148.