- Iklan -
Berita

Gerakan diterima sertai PN, kata Muhyiddin

Majlis Tertinggi PN secara sebulat suara menerima Gerakan sebagai anggota.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Gerakan Dominic Lau menerima surat penerimaan parti itu sebagai anggota PN daripada Muhyiddin Yassin. Gambar: Facebook
Presiden Gerakan Dominic Lau menerima surat penerimaan parti itu sebagai anggota PN daripada Muhyiddin Yassin. Gambar: Facebook

Gerakan hari ini secara rasmi menganggotai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi PN berkata, penyertaan Gerakan sebagai parti anggota gabungan itu diluluskan secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN.

Beliau percaya langkah itu akan memperkukuhkan PN sebagai gabungan parti politik yang mewakili masyarakat pelbagai kaum dan wilayah di Malaysia.

“Saya amat mengalu-alukan penyertaan Gerakan dalam PN. PN akan terus komited untuk membina negara Malaysia yang aman, maju, makmur dan stabil,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Surat penerimaan kemasukan Gerakan sebagai parti anggota PN, diserahkan Muhyiddin kepada Presiden Gerakan Dominic Lau, hari ini.