Amir Hamzah dilantik sebagai CEO baru KWSP
KWSP berkata, pelantikan ini berkuat kuasa pada 1 Mac, 2021.
Terkini
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pelantikan Amir Hamzah Azizan sebagai ketua pegawai elsekutif (CEO) yang baru bagi menggantikan Tunku Alizakri Alias.
KWSP berkata, pelantikan ini berkuat kuasa pada 1 Mac, 2021.
Alizakri memegang jawatan itu sejak 20 Ogos, 2018.
Amir sebelum ini merupakan presiden dan CEO kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan pengalaman 25 tahun bersama pelbagai syarikat.
“Bagi pihak KWSP, saya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tunku Alizakri atas perkhidmatan baiknya kepada KWSP,” kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
