Anggota polis jalani kuarantin Covid-19 meninggal dunia
Bagaimanapun, masih tak dapat disahkan sama ada beliau meninggal dunia disebabkan Covid-19.
Terkini
Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif Covid-19.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam.
“Allahyarham adalah Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) IPD Klang Selatan dan saya sahkan beliau sedang menjalani kuarantin akibat positif Covid-19 bermula 23 Januari hingga 1 Februari.
“Sama ada kematiannya akibat Covid-19, saya tidak boleh sahkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Shah Alam hari ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
