PKP di 7 negeri dilanjutkan seminggu hingga 4 Februari
PKP di Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Johor, Melaka dan Kelantan sepatutnya berakhir 26 Januari ini.
Terkini
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuh negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Johor, Melaka dan Kelantan yang seharusnya tamat pada 26 Januari, dilanjutkan sehingga 4 Februari, kata Ismail Sabri Yaakob.
Menteri kanan (kluster keselamatan) itu berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas kesemua negeri berkenaan masih menunjukkan trend peningkatan kes positif harian Covid-19.
Susulan pelanjutan tempoh berkenaan, tarikh tamat kesemua negeri yang dikenakan PKP kini adalah sama, kata Ismail Sabri yang juga menteri pertahanan pada sidang media mengenai perkembangan PKP, hari ini.
Kelantan dikenakan PKP bermula 16 Januari lalu, manakala Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu hanya akan berkuat kuasa esok.
Semua negeri akan tamat PKP pada 4 Februari.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
