Saarani angkat sumpah sebagai MB Perak esok
Saarani akan mengangkat sumpah pada pukul 11 pagi esok di Istana Iskandariah di Ipoh, Perak.
Terkini
Sultan Nazrin Shah memperkenankan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad sebagai menteri besar yang baru selepas dipercayai mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
“Sultan Nazrin Shah, berpandukan Perkara XVI, Fasal 2 (a), Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, pada timbangan Baginda, Yang Berhormat Saarani bin Mohamad, Ahli Dewan Negeri Kota Tampan, boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri untuk dilantik sebagai menteri besar Perak,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Perak, Kol (B) Abd Rahim Mohamad dalam satu kenyataan petang ini.
Rahim berkata Saarani akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak pada pukul 11 pagi esok di Istana Iskandariah di Ipoh, Perak.
Jumaat lepas Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu digulingkan dalam usul undi percaya dikemukakan Adun Barisan Nasional (BN) yang hanya menerima sokongan daripada 10 Adun, 48 menentang dan satu berkecuali.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.