- Iklan -
Berita

SPR akan keluarkan SOP baru pilihan raya dalam masa terdekat, kata pengerusi

Beberapa penambahan baru yang lebih ketat, yang akan dijelaskan nanti seperti kempen melalui media sosial.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
A worker from the Election Commission sprays a polling booth with sanitiser during the recent Sabah state election. Photo: Bernama
A worker from the Election Commission sprays a polling booth with sanitiser during the recent Sabah state election. Photo: Bernama

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menampilkan prosedur operasi standard (SOP) yang baru berkaitan pilihan raya dalam masa terdekat selaras dengan peningkatan kes Covid-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata SOP itu turut akan mengambil kira tiga syor yang dikemukakan Kementerian Kesihatan, yakni tidak boleh merentas negeri; sempadan negeri atau daerah, tiada perhimpunan ramai bagi melaksanakan kempen; dan tiada lawatan dari rumah ke rumah.

Antaranya ialah tiada lagi kempen secara bersemuka; dan ziarah calon atau penyokong parti ke rumah-rumah serta tinjauan mesra tidak lagi dibenarkan.

“Kita sudah ada SOP yang baru, nanti akan dimaklumkan. Pandangan yang baik juga kita akan timbang untuk diterima,” katanya kepada Bernama TV ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Ghani berkata terdapat beberapa penambahan baru yang lebih ketat, yang akan dijelaskan nanti seperti kempen melalui media sosial.

Bagaimanapun, SOP sedia ada masih diguna pakai selaras dengan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang disediakan SPR.

Sebelum ini, SPR menetapkan beberapa garis panduan terbaru bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Disember ini.

Antaranya ialah tiada lagi kempen secara bersemuka; dan ziarah calon atau penyokong parti ke rumah-rumah serta tinjauan mesra tidak lagi dibenarkan.

Malah bagi penambahbaikan aktiviti berkempen, SPR mencadangkan calon atau parti hanya dibenarkan membuka satu bilik gerakan sahaja.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan sebarang pilihan raya tidak diadakan pada masa ini.

Bagaimanapun, memandangkan tiada kuasa yang boleh menghalang pilihan raya untuk dibatalkan, beliau mengesyorkan tiga prinsip diikuti sepenuhnya sebagai syarat sebelum sesuatu pilihan raya itu diadakan.