799 kes baru Covid-19, 491 dilaporkan pulih
Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 30,889 kes.
Terkini
Sebanyak 491 pesakit sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 20,248 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 799 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 30,889.
Daripada jumlah kes baru itu, kesemuanya merupakan penularan tempatan.
Sabah kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 466 atau 58.3%.
“Terdapat 10,392 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 90 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 20 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.
Sebanyak tiga kes kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 249 orang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
