- Iklan -
Berita

9 sekatan jalan raya di laluan kritikal Lebuhraya Plus

Orang ramai yang tidak mempunyai urusan dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sembilan sekatan jalan raya akan diadakan di laluan kritikal Lebuhraya Plus disebabkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sembilan sekatan jalan raya akan diadakan di laluan kritikal Lebuhraya Plus disebabkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sebanyak sembilan sekatan jalan raya diadakan pihak berkuasa di beberapa laluan kritikal di Lebuhraya Utara Selatan (Plus), susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa hari ini, hingga 27 Oktober depan.

“Laluan kritikal di lebuhraya Plus iaitu Plaza Tol Jalan Duta, Setia Alam, Shah Alam, Putra Mahkota, Sungai Buaya, Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Lembah Beringin dan Seafield,” katanya.

Plus Malaysia Berhad (Plus) dalam kenyataan malam ini berkata sekatan jalan raya itu bagi mengelakkan orang ramai yang tidak mempunyai kebenaran, melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri melibatkan kawasan PKPB.

“Laluan kritikal di lebuhraya Plus iaitu Plaza Tol Jalan Duta, Setia Alam, Shah Alam, Putra Mahkota, Sungai Buaya, Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Lembah Beringin dan Seafield,” katanya.

Plus menasihatkan orang ramai supaya terus kekal berada di rumah, bagi mengawal penularan wabak Covid-19 bertepatan dengan semangat #KitaJagaKita, sekali gus membolehkan petugas barisan hadapan menjalankan tugas mereka dengan selamat.