- Iklan -
Berita

1 Utama, Tropicana Golf Club diarah tutup mulai esok kerana Covid-19

Terdapat kes positif Covid-19 dikesan membabitkan petugas dan pengunjung di premis berkenaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pekerja melakukan sanitasi di tempat pekerja terkena Covid-19 di 1 Utama.
Pekerja melakukan sanitasi di tempat pekerja terkena Covid-19 di 1 Utama.

Pusat membeli-belah 1 Utama dan Tropicana Golf Club & Country Resort diarahkan tutup mulai esok, berikutan terdapat kes positif Covid-19 dikesan membabitkan petugas dan pengunjung di premis berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling Johary Anuar berkata orang ramai yang mengunjungi bahagian kosmetik dan wangian di aras G, Parkson Elite pada 30 September-7 Oktober dan Mac City di aras dua pada 25 September-30 September di pusat membeli-belah 1 Utama tampil membuat ujian saringan Covid-19.

Sementara itu, Johary berkata arahan penutupan berkenaan bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan proses nyahkuman di premis-premis terbabit dilaksanakan.

“Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan (Covid-19) di 1 Utama pada 14 dan 15 Oktober bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang. Keutamaan saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis yang dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Johary berkata arahan penutupan berkenaan bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan proses nyahkuman di premis-premis terbabit dilaksanakan.

Setakat ini, empat kes positif dikesan membabitkan tiga pekerja dan pengunjung di pusat membeli-belah One Utama manakala di Tropicana Golf Club & Country Resort, pula lima pekerja dikesan positif Covid-19.