- Iklan -
Berita

Kementerian Sumber Manusia sahkan seorang kakitangannya positif Covid-19

Kakitangan itu sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Semua kontak rapat telah dikenal pasti.
Semua kontak rapat telah dikenal pasti.

Kementerian Sumber Manusia hari ini memaklumkan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19 pada Ahad lepas dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Sehubungan itu, kementerian mengambil langkah-langkah pencegahan segera penularan jangkitan Covid-19 dengan mengemukakan senarai kontak rapat kakitangan berkenaan kepada Kementerian Kesihatan (KKM), serta melakukan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran kementerian.

“Kontak rapat dalam kalangan kakitangan telah pun menjalani saringan kesihatan dan menjalani proses kuarantin di rumah,” kata kenyataan itu.

Kementerian turut memaklumkan semua program dan aktiviti ditangguhkan serta-merta hingga 16 Oktober ini.