- Iklan -
Berita

Tabika, taska Kemas di zon merah seluruh negara ditutup

Penutupan membabitkan 290 pusat tersebut di Kedah, Terengganu dan Sabah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Shabudin Yahaya (dua, kiri) melakukan gimik Perasmian Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku hari ini. Turut sama Ketua Pengarah Kemas Mohamad Yasid Bidin (kiri). Gambar: Bernama
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Shabudin Yahaya (dua, kiri) melakukan gimik Perasmian Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku hari ini. Turut sama Ketua Pengarah Kemas Mohamad Yasid Bidin (kiri). Gambar: Bernama

Semua tabika dan taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berada dalam zon merah Covid-19 di seluruh negara kini ditutup, kata Ketua Pengarahnya Mohamad Yasid Bidin.

Beliau berkata  tindakan itu dibuat atas  nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan murid dan petugas.

Setakat ini, sebanyak 281 tabika dan sembilan taska di Kedah, Terengganu dan Sabah membabitkan 6,699 murid telah ditutup, namun kami jangkakan mungkin akan ada lagi (tabika dan taska) di zon merah di negeri lain yang akan ditutup,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

Menurutnya penutupan itu adalah sehingga mendapat kebenaran untuk beroperasi daripada KKM.

Mengulas lanjut, Mohamad Yazid berkata sejak beroperasi semula, tabika dan taska Kemas mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk membenarkan hanya 30 hingga 50 peratus kehadiran pada setiap hari bergantung pada keluasan kelas.

Mereka datang ke kelas secara bergilir contohnya jika A datang hari ini esok dia tidak hadir kerana bagi memberi peluang murid B pula hadir.

Beliau berkata ketika ini terdapat 11,900 kelas membabitkan 220,000 murid tabika dan taska  Kemas di seluruh negara.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.