PM pengerusi mesyuarat khas MKN berkaitan Covid-19
Mesyuarat khas itu diadakan berikutan peningkatan kes Covid-19.
Terkini
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pagi ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Mesyuarat itu antaranya dihadiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba serta menteri-menteri berkaitan.
Turut kelihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Affendi Buang.
Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu Covid-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.