- Iklan -
Berita

Harga RON97, RON95 naik 3 sen manakala diesel turun

RON97 dan RON95 naik 3 sen seliter, diesel turun 1 sen seliter.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pam minyak petrol Ron95 dan Ron97.
Pam minyak petrol Ron95 dan Ron97.

Harga petrol RON97 dan RON95, masing-masing naik sebanyak 3 sen seliter kepada RM2.01 dan RM1.71 seliter bagi tempoh 3 Oktober sehingga 9 Oktober ini.

Bagaimanapun harga diesel pula turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM1.71 seliter kepada RM1.70 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.