- Iklan -
Berita

Lelaki dipenjara 14 hari selepas ceroboh bilik CCTV kerana lapar

Kalau kamu lapar, minta cara baik, ini ceroboh bilik kawalan, itu bukan kedai makan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ahmad Saiful Islam Mohamad filed his notice of appeal against his conviction and sentence for drug abuse in June.
Ahmad Saiful Islam Mohamad filed his notice of appeal against his conviction and sentence for drug abuse in June.

Seorang lelaki yang mendakwa menceroboh bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Dayabumi kerana lapar, dijatuhi hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmad Solleh Jaafar, 33, mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh dipenjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 28 September lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin di sini pada 10.10 pagi 28 September lepas mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketika ditanya mengapa dia melakukan kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja memaklumkan mahkamah bahawa dia lapar.

Mohamad Aizat : Kalau kamu lapar, minta cara baik, ini ceroboh bilik kawalan. Bilik kawalan itu bukan kedai makan. Macam mana kamu tahu ada makanan di situ, kamu kerja di situ ke?

Ahmad Solleh : Ada makanan… saya tak kerja di situ.

Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, bagaimanapun Ahmad Solleh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan sebarang rayuan kepada mahkamah.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.