- Iklan -
Berita

Kerajaan akan dapatkan maklumat terperinci FGV, kata menteri

Siasatan akan dibuat secara menyeluruh sebelum tindakan seterusnya diambil.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
AS dilapor mengharamkan import minyak sawit keluaran FGV susulan dakwaan penindasan pekerja. Gambar: AP
AS dilapor mengharamkan import minyak sawit keluaran FGV susulan dakwaan penindasan pekerja. Gambar: AP

Kementerian Sumber Manusia akan mendapatkan maklumat terperinci berhubung dakwaan penggunaan buruh paksa oleh syarikat perladangan FGV Holdings Berhad dalam pengeluaran produknya.

Menterinya, M Saravanan berkata siasatan akan dibuat secara menyeluruh sebelum tindakan seterusnya diambil.

“Sabar, (untuk kes ini) banyak pihak yang terlibat, ia terlalu awal. Saya perlu memeriksa apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama rakyat di Menara Manikavasagam di Kuala Lumpur, hari ini.

Amerika Syarikat dilapor mengharamkan import minyak sawit keluaran FGV susulan dakwaan penindasan pekerja.

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mengumumkan pada lewat Rabu bahawa pihaknya mengharamkan minyak sawit daripada FGV, antara pengeluar utama komoditi berkenaan di Malaysia, selepas siasatan selama setahun.

Jurucakap CBP Brenda Smith dilaporkan berkata siasatan mendapati terdapat petunjuk pekerja ditindas secara fizikal dan seksual, ditakut-takutkan dan gaji mereka ditahan, di samping dakwaan penggunaan tenaga buruh kanak-kanak.

Sementara itu, Saravanan berkata beliau juga menerima maklumat sebuah lagi syarikat besar di negara ini bakal dikenakan tindakan sama oleh AS.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.