- Iklan -
Berita

Putrajaya bakal umum inisiatif bantu B40, M40 terjejas Covid-19 hari ini

Ini berlaku pada ketika khabar angin di media sosial bertiup kencang Muhyiddin akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberikan laluan kepada pilihan raya umum.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Prime Minister Muhyiddin Yassin. Photo: Bernama
Prime Minister Muhyiddin Yassin. Photo: Bernama
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan satu lagi inisiatif bagi memberikan rangsangan kepada pakej di bawah Penjana, untuk membantu persekitaran perniagaan yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan Covid-19.
MalaysiaNow difahamkan, kerajaan akan memperuntukkan “lebih daripada satu pertiga” daripada RM35 bilion diumumkan pada Jun, untuk memberi rangsangan kepada pakej itu yang bertujuan menjana semula ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19, dalam jangkamasa pendek.
Ini berlaku pada ketika khabar angin di media sosial bertiup kencang Muhyiddin akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberikan laluan kepada pilihan raya umum.
“Tidak benar, terdapat banyak berita palsu dan spekulasi hari ini,” kata sumber kepada MalaysiaNow.
Fokus suntikan kewangan kali ini akan disasarkan kepada kumpulan dalam kategori B40 dan M40, kata sumber itu.
Putrajaya pada Mac dan April mengumumkan pakej ransangan ekonomi RM260 bilion semasa kemuncak pandemik Covid-19 ketika perniagaan di seluruh negara diarahkan untuk tutup.