- Iklan -

PRU15

Kami bawakan laporan terkini mengenai Pilihan Raya Umum ke-15.

Kongsi

Anwar bersedia kekuatannya diuji di Parlimen

anwar_PC_241122Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau bersedia untuk menguji kekuatannya dalam Dewan Rakyat yang akan bersidang bulan depan, berikutan gesaan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin untuk mengadakan undi percaya.

Anwar sedia terima semua parti bersama 'kerajaan perpaduan'

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan yang diterajuinya bersedia menerima seteru utamanya Perikatan Nasional untuk bersama-sama dalam sebuah "kerajaan perpaduan".

Anwar umum cuti pada 28 Nov

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada hari Isnin, 28 Nov, 2022.

Peja: Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral

Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan diterajui Anwar Ibrahim tiada keabsahan moral, dan berkata cara rundingan pengerusi Pakatan Harapan itu dalam usaha mendapatkan sokongan ahli Parlimen lain berbeza dengan cara Muhyiddin Yassin.

Menurutnya Anwar menjadi PM selepas percaturan politik yang melanggar janji pada PRU15 untuk tidak bekerjasama dengan pemimpin Umno terpalit rasuah seperti Ahmad Zahid Hamidi.

"Lain daripada Muhyidin yang enggan berurusan dengan Zahid, atau pun menggugurkan tuduhan rasuah terhadap beliau semasa beliau memegang jawatan PM."

Saham syarikat arak, judi meningkat selepas berita Anwar jadi PM

Baca selanjutnya di sini.

Anwar angkat sumpah sebagai PM ke-10 Malaysia

Pengerusi Pakatan harapan Anwar Ibrahim menandatangani surat pengesahan jawatan ketika upacara mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di Istana Negara hari ini. Gambar: Bernama
Pengerusi Pakatan harapan Anwar Ibrahim menandatangani surat pengesahan jawatan ketika upacara mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di Istana Negara hari ini. Gambar: Bernama

KDM, PBS setuju nasihat Agong untuk bentuk kerajaan perpaduan

Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat and Parti Bersatu Sabah bersetuju dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya kerajaan perpaduan dibentuk bagi kestabilan negara.

GPS akan bergabung dalam kerajaan perpaduan diterajui Anwar selari titah Agong

Permohonan maaf DAP diterima, kata GPS

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg berkata permohonan maaf daripada pemimpin DAP diterima dengan "hati terbuka".

Pengerusi Perikatan Nasional menggesa Anwar Ibrahim membuktikan beliau mempunyai majoriti ahli Parlimen

Pengerusi Perikatan Nasional menggesa Anwar Ibrahim membuktikan beliau mempunyai bilangan sokongan yang mengabsahkan pelantikan beliau sebagai perdana menteri, beberapa jam selepas ahli Parlimen Tambun itu dinamakan sebagai perdana menteri.

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk angkat sumpah sebagai PM ke-10 Malaysia

AnwarIbrahim-MNow-241122-2

DAP arah pemimpin parti tidak adakan sambutan atau konvoi menjelang angkat sumpah Anwar sebagai PM

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pemimpin parti diarahakan untuk tidak menganjurkan sebarang bentuk sambutan atau konvoi menjelang angkat sumpah Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kesepuluh di Istana Negara.

"Kami menyeru semua pihak bertenang dan menghormati keputusan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja," katanya.

"Kerajaan yang bakal ditubuhkan adalah sebuah kerajaan perpaduan yang merangkumi pelbagai gabungan parti politik.

"Kita perlu bekerjasama dan bersatu padu dalam membantu perdana menteri mengemudi negara keluar daripada kemelut yang dihadapi."