Monday, July 4, 2022

Agong dimasukkan ke hospital akibat sakit kaki

Program-program melibatkan Sultan Abdullah akan ditangguhkan pada tarikh yang diumumkan kelak.

Other News

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasukkan ke sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur akibat sakit di bahagian kaki, namun keadaan beliau tidak membimbangkan.

Dalam sebuah kenyataan Istana Negara hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahad Fadil Shamsuddin berkata Sultan Abadullah menjalani pemeriksaan dan pemantauan pakar di hospital ketika ini.

“Sehubungan itu, program yang dijadualkan berlangsung pada hari ini dan semua program-program yang terdekat yang melibatkan Seri Paduka Baginda telah ditangguhkan ke tarikh-tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Sultan Abdullah juga dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat selepas selesai menjalani rawatan.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka dikurniakan kesembuhan segera.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles