Thursday, June 30, 2022

Kaji selidik dapati kurang 60% pemandu Malaysia rasa selamat di jalan raya

Mereka yang tidak merasa selamat di jalan raya memberikan alasan keadaan jalan yang teruk, dan jumlah kenderaan terlalu banyak.

Other News

Kurang daripada 60% pengguna jalan raya merasa selamat ketika memandu di Malaysia, dengan peratusan yang sama bersetuju negara menunjukkan kemajuan dalam mengawal kadar kemalangan, menurut dapatan kaji selidik Pusat Kaji Selidik UCSI.

Kaji selidik melibatkan 937 responden warga Malaysia itu juga turut mendapati 58% responden merasa selamat di jalan raya sementara baki 42% tidak merasa selamat.

Dari jumlah responden yang merasa selamat, 61.1% berkata mereka yakin pengguna jalan raya secara umumnya mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

Sementara 53.7% yakin dengan kemahiran dan ilmu pemanduan sementara 47.3% berkata mereka sihat dari segi fizikal untuk memandu.

Sebanyak 43.1% lagi yakin pengguna lain “memandu dengan baik”, dan 42.6% mengatakan secara umumnya pengguna lain “beretika” di jalan raya.

Sementara itu, daripada 42% responden yang tidak merasa selamat di jalan raya, 67.4% daripada mereka kurang yakin pengguna lain mematuhi undang-undang trafik, sementara 49.5% berkata mereka kurang yang pengguna lain memandu dengan baik.

Sementara 47.9% responden pula mengatakan terlalu banyak jenis kenderaan di atas jalan raya, manakala 45.4% kurang yakin peraturan dapat mengawal tingkah laku pemandu.

Sebanyak 44.9% daripada responden pula berpendapat jalan raya dalam negara tidak berada dalam keadaan yang baik.

Daripada 57% responden yang bersetuju negara ada kemajuan dalam mengawal kadar kemalangan, 70.9% berkata Malaysia memiliki sistem yang berkesan dalam memastikan hanya pemandu yang matang dan memiliki ilmu serta
kemahiran dibenarkan memandu di jalan raya.

57.7% lagi berkata negara mempunyai undang-undang trafik yang kukuh dalam mengawal keselamatan kenderaan sebelum dibenarkan berada di jalan raya, manakala 47.3% lagi berkata penguat kuasa bertindak tepat pada masanya terhadap pesalah, sementara 46.6% berkata papan tanda mencukupi dan tepat bagi mengelakkan kekeliruan sewaktu pemanduan.

Sebanyak 46.4% berkata negara memiliki sistem yang berkesan dalam mengenal pasti pesalah jalan raya.

Daripada 43% responden yang tidak bersetuju negara ada kemajuan dalam mengawal kadar kemalangan jalan raya, 64.8% berkata Malaysia tidak memiliki sistem yang berkesan dalam memastikan hanya pemandu yang matang dan berkemahiran berada di atas jalan raya, sementara 60.8% berkata negara tidak mempunyai undang-undang trafik yang kukuh dalam mengawal keselamatan kenderaan sebelum dibenarkan berada di jalan raya.

52.8% daripada responden pula berkata pengguna jalan raya lain memandu dengan teruk, sementara 49.5% berkata penguat kuasa tidak bertindak tepat pada masanya terhadap pesalah.

49.4% responden pula berpandangan kebanyakan jalan raya dalam negara berada dalam keadaan yang teruk.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles