Friday, July 1, 2022

SPRM tahan 9 individu, termasuk 7 pegawai penguatkuasa berhubung rasuah lebih RM500,000

Seorang warga asing turut ditahan bagi kes yang sama.

Other News

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh pengawai penguatkuasa dan dua individu termasuk seorang warga asing kerana dipercayai menerima rasuah lebih RM500,000 dari 2019 hingga 2021.

Menurut sumber SPRM, daripada jumlah tahanan, seramai enam pegawai penguatkuasa termasuk pegawai kanan ditahan di Sarawak sementara seorang lagi ditahan di Selangor membabitkan tiga lokasi berbeza.

Menurutnya, di lokasi pertama seorang pegawai kanan berusia 50-an ditahan bersama seorang individu warga asing berusia 30-an dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM300,000 daripada beberapa individu yang menggaji pekerja asing sebagai balasan untuk memudahkan permohonan berkaitan pas pekerja.

Semua suspek dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

Difahamkan permohonan reman terhadap kedua-dua lelaki tersebut akan dibuat secara maya di pejabat SPRM Sarawak pada pukul 9.00 pagi esok.

Menurut sumber lagi, satu lagi tangkapan dijalankan di pejabat SPRM Sibu kira-kira pukul 4.00 petang semalam membabitkan empat pegawai penguatkuasa termasuk seorang pegawai kanan.

Sumber memberitahu, pegawai kanan itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM8,000 di bawah akta yang sama.

Permohonan bagi keempat-empat pegawai itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Sibu.

Sementara itu, di Selangor seorang pegawai penguatkuasa dan seorang wanita tempatan yang juga pemilik syarikat ditahan di SPRM Selangor kira-kira jam 7 malam tadi.

Pegawai itu disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM200,000 bagi kesalahan yang sama.

Permohonan reman bagi wanita itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam sementara permohonan reman bagi pegawai penguatkuasa itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuching.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua suspek berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles