- Iklan -
Berita

Kes baru turun ke paras 1,100 jangkitan, 9 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.5%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pengunjung kompleks membeli belah The Curve menari sambil memakai pelitup muka semasa persembahan seorang busker di hadapan kedai kopi Starbucks di Mutiara Damansara.
Beberapa pengunjung kompleks membeli belah The Curve menari sambil memakai pelitup muka semasa persembahan seorang busker di hadapan kedai kopi Starbucks di Mutiara Damansara.

1,128 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,517,447 kes.

Sebanyak 1,547 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,460,546.

Ketika ini, 21,202 kes aktif direkodkan, dengan 20,239 atau 95.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 20 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 918 (4.3%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 25 kes dan 12 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.5%.

Sembilan lagi korban termasuk empat kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,699 orang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi