Saturday, July 2, 2022

33% kanak-kanak divaksinasi, 48.4% terima dos pertama

Sementara itu, sebanyak 93.6% populasi remaja telah lengkap divaksinasi.

Other News

Seramai 1,171,888 atau 33% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,720,411 atau 48.4% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,913,596 atau 93.6% telah lengkap divaksin, manakala 3,010,184 atau 96.7% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,096,363 atau 68.4% orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,497 atau 97.6% telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,151 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 10,803 dos harian diberikan semalam meliputi 5,322 dos pertama, 3,491 dos kedua dan 1,990 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,923,930.

Sementara itu, Portal Github KKM melaporkan empat kematian akibat Covid-19 semalam dengan dua kes di Kedah dan masing-masing satu kes di Melaka dan Negeri Sembilan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles