Monday, July 4, 2022

Kanak-kanak 3 tahun dijangkiti HFMD, bukan cacar monyet, kata Noor Hisham

Ketua pengarah kesihatan menafikan dakwaan seorang kanak-kanak menghidap cacar monyet yang tular di media sosial.

Other News

Keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mengesahkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan bukannya dijangkiti wabak cacar monyet atau monkeypox.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan ujian ke atas kanak-kanak itu adalah positif virus Coxsackie A6 dan negatif cacar monyet serta lain-lain virus yang diuji.

“Diagnosis awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur oleh pakar pediatrik. Dua sampel telah diambil yang mana MKAK telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan cacar monyet,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kanak-kanak itu telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam (13 Mei) dan ruam (16 Mei).

Ruam itu menjadi blister (19 Mei) dan mula pecah (21 Mei), katanya.

Sebelum ini, tular mesej di media sosial memaparkan gambar seorang kanak-kanak dengan dakwaan kononnya cacar monyet sudah mula berjangkit di Malaysia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles