Wednesday, June 29, 2022

ESG, isu rantaian bekalan jadi agenda utama misi perdagangan Malaysia ke AS

Menteri Miti Mohamed Azmin Ali akan mengetuai delegasi ke AS dalam misi mengukuhkan nilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan antarabangsa.

Other News

Agenda untuk meluaskan hubungan dua hala mengenai alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) menjadi tumpuan utama selain membincangkan isu daya tahan rantaian bekalan antarabangsa, sepanjang lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali bagi misi perdagangan dan pelaburan di Amerika Syarikat (AS).

Misi yang dijadualkan pada 9 hingga 18 Mei itu adalah bagi mengukuhkan nilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan rakan dagangan pilihan di mata dunia.

“Misi tersebut adalah penting bagi Malaysia dalam usaha melibatkan diri dengan rakan niaga AS dan meningkatkan lagi kerjasama ekonomi Malaysia-AS,” kata kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) dalam satu kenyataan hari ini.

Di Washington,Azmin dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS Gina M Raimondo dan Duta AS Katherine Tai, dan Wakil Perdagangan AS.

Semasa mesyuarat itu beliau akan mengetengahkan keupayaan dan kapasiti Malaysia dalam sektor strategik termasuk memajukan ESG dalam perdagangan dan pelaburan dan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF).

Azmin dan Raimondo juga akan memeterai memorandum kerjasama antara Malaysia dan AS bagi meningkatkan lagi kerjasama dua hala dalam usaha daya tahan rantaian bekalan semikonduktor.

Memorandum itu jelas sekali menunjukkan peranan penting Malaysia dalam memastikan kestabilan rantaian global dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitannya, kata kementerian itu.

“Komitmen padu kerajaan untuk memajukan ekonomi hijau, dasar mesra perniagaan dan langkah komprehensif yang bertujuan mengukuhkan kerjasama dua hala dengan rakan industri utama akan memangkinkan penciptaan nilai Malaysia dalam menggerakkan daya saing negara.

“Ini sejajar dengan aspirasi negara ke arah pelepasan gas rumah hijau bersih-sifar menjelang 2050 seperti yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),” kata Miti.

Menurutnya, dasar Aspirasi Pelaburan Nasional terutamanya akan menjadi topik perbincangan utama semasa misi tersebut

Selain itu katanya, agenda misi tersebut akan termasuk lawatan ke fasiliti dan pertemuan perniagaan bersemuka dengan syarikat utama Amerika serta pelabur berpotensi dalam sektor bernilai tinggi termasuk elektrik dan elektronik (E&E), peranti perubatan, teknologi logam dan telekomunikasi.

Libat urus itu disasarkan untuk memperoleh peluang perniagaan baharu serta menarik pelaburan berteknologi tinggi, berintensifkan modal dan tokokan nilai tinggi dengan pekerjaan berpendapatan tinggi.

Pada 2021, AS merupakan rakan dagang dan destinasi eksport ketiga terbesar Malaysia serta sumber keempat terbesar import. Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara berkembang sebanyak 21.4% kepada RM217.10 bilion (UA$52.37 billon) berbanding 2020.

Eksport Malaysia ke AS meningkat sebanyak 30.4% kepada RM142.20 bilion, disumbang terutamanya daripada eksport tinggi E&E dan produk getah. Import dari AS juga meningkat sebanyak 7.4% bernilai RM74.87 bilion (AS$18.06 bilion), disumbang oleh import tinggi E&E dan produk logam.

AS merupakan pelabur asing keempat terbesar di Malaysia dari segi projek pembuatan yang dilaksanakan dengan sejumlah 840 projek pembuatan bernilai RM84.97 bilion yang mewujudkan 188,396 pekerjaan.

Pelaburan utama dari AS adalah dalam sektor E&E, mesin serta peralatan dan kimia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles