- Iklan -
Berita

Hampir 25% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 43.3% terima dos pertama

Sementara itu, 93.1% populasi remaja telah lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu bapa bersama anak mereka menunggu giliran untuk menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Ibu bapa bersama anak mereka menunggu giliran untuk menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Sejumlah 881,602 atau 24.8% kanak-kanak berumur  lima dan 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,538,685 kanak-kanak atau 43.3% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,895,394 atau 93.1% telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,097 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sejumlah 16,038,512 atau 68.2% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,541 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,243,696 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 11,121 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,959 dos pertama, 7,539 dos kedua dan 1,623 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,345,153.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sebanyak dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan satu kes masing-masing di Negeri Sembilan dan Perak.

Jumlah berkenaan adalah angka terendah direkodkan selepas kali terakhir angka sama direkodkan pada 16 April tahun lepas.