Monday, July 4, 2022

Dr Mahathir pertahan kenyataan tentang Zahid Hamidi

Ia adalah ekoran beberapa dakwaan presiden Umno dalam pernyataan saman yang disifatkan peguamnya sebagai tidak benar.

Other News

Peguam mewakili Dr Mahathir Mohamad menegaskan semua dakwaan dalam tuntutan saman fitnah Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak benar, mengatakan bekas perdana menteri itu mungkin memfailkan tuntutan balas terhadap presiden Umno itu jika perlu.

Dalam sebuah kenyataan, peguam Mior Haidir dari Tetuan Haidir & co yang mewakili Mahathir berkata pendengaran kes saman Zahid yang memohon interim injunksi terhadap pengerusi Pejuang itu ditetapkan pada 17 Jun depan.

“Anak guam kami, Mahathir menafikan setiap dakwaan dan tuntutan fitnah seperti yang dinyatakan plaintif (Zahid).

“Ingin dimaklumkan di sini bahawa anak guam kami tidak berganjak bahawa kenyataan yang dinyatakan oleh beliau adalah benar dan memelihara hak beliau memfailkan tuntutan balas jika perlu di mahkamah,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan Rabu minggu lalu, Zahid menafikan beliau menemui Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri ketika itu bagi membincangkan kes mahkamahnya.

Saman yang dikemukakan Zahid itu adalah berikutan kenyataan Mahathir pada 23 Februari di Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Dalam ucapan pada majlis itu, Mahathir mendakwa Zahid pernah meminta siasatan kes rasuahnya dihentikan ketika beliau masih memegang jawatan perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 di mana Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan.

Dalam pernyataannya samannya, Zahid berkata dakwaan dalam kenyataan Mahathir tersebut berbaur fitnah dan berniat jahat.

Pada 2 Mac lalu, dalam jawapan terhadap notis saman tersebut, Mahathir turut menafikan beliau memfitnah Zahid berhubung dakwaannya.

Zahid memohon ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi terhadap Mahathir, pegawai dan ejennya daripada mengulangi kenyataan yang didakwa memfitnah itu.

Beliau juga mahu Mahathir berusaha memadam atau menyunting semula rakaman berkaitan dakwaan itu yang disiarkan di media massa.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles