Sunday, July 3, 2022

RUU larangan rokok terhadap remaja dibentang Julai depan

Khairy berkata beberapa pusingan libat urus termasuk dengan industri rokok diadakan sebelum memuktamadkan keputusan berhubung perkara itu.

Other News

Draf rang undang-undang larangan tembakau dan rokok bagi mereka yang lahir selepas 2005 kini dalam proses semakan akhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentang di Parlimen pada Julai.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beberapa pusingan libat urus termasuk dengan industri rokok diadakan untuk mendengar pandangan daripada semua pihak sebelum memuktamadkan keputusan berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Generational End Game Anti Rokok 18 (Gegar-18) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra hari ini. Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan Radzi Md Jidin.

Khairy berkata di bawah peruntukan akta itu, anak-anak yang lahir pada 1 Januari 2005 atau tahun-tahun selepas itu tidak dibenarkan merokok termasuk membeli atau memiliki sebarang bentuk produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape walaupun mereka telah melepasi umur 18 tahun.

Selain itu, katanya semua pekedai dan penjual produk merokok juga tidak boleh menjual produk-produk merokok kepada kumpulan anak-anak yang tergolong dalam larangan itu.

Sementara itu, Khairy berkata satu kaji selidik turut telah dimulakan dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan lima di seluruh negara bagi meninjau pandangan mereka.

Khairy berkata usaha itu juga menyasarkan remaja yang tidak pernah merokok supaya tidak merokok dan yang telah merokok menghentikan perbuatan itu.

“Selain itu, kita juga akan melaksanakan kawalan iklan mempromosikan produk vape termasuk dalam media sosial,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles